Dah 3 kali saye menghadapi masalah nie.... 3 kali gak sye cuba buang dengan cara yang menyakitkan.... iaitu dengan mengepil ketuat tu dengan kepit kuku.... TAPI.... x ilang2 gak.... tnye mak, die pun x tau cmne.... Nak g ke clinic, rse segan lak.... masalah ketuat pun nak g jumpe doc ke?....
Pkiuw punye pkiuw... bru trsedauw... npe la x gi search je gne google....
Hah, pe lagi, jmpe la cara2 yang insyaallah leh menghilangkan masalah ketuat nie....
 |
Awas, ubat nyamuk bukanlah sejenis dengan ubat batuk mahu pun ubat gigi |
- Amik ubat nyamuk (jngan g beli kat clinic lak ubat nyamuk nie, xde jual pun kat clinic ubat nyamuk wei....), x kire la jenama pe pun. Then, bakar, amik abu dia. Bancuh abu ubat nyamuk tu dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
 |
Mari-mari... sireh-sireh... mujarab tuk buang ketuat... |
Sekapur sirih sekapur sirih seulas pinang
Diberi bekal diberi bekal buat perangsang
Pergilah intan pergilah intan pergilah sayang
Ketengah medan ketengah medan pergilah berjuang
eh... sory2... jangan slah sangka lak.... lirik ni bukan cara rawatannya.... huhuhu... tapi tentang sirih tu.
Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
 |
ikan takde nak goreng, ayam pun kira orait r.... hehe |
- Nie lak guna minyak masak. Masa memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang. Ingat, jangan try rendam lak tempat ketuat tu ngan minyak panas mendidih lam kuali lak. Arwah lak nanti. Huhuhu....
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
 |
jangan amik daun ketum lak lau x da daun kesum... |
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
- Last sekali, tuk yang kaya, leh wat rawatan yang agak mahal la.... dengan kaedah pembedahan.... Ketuat nie da byak jenis.... yang leper, ada juga yang bertangkai. Jika ketuat kecil tunggal, lama-kelamaan akan hilang sendiri. Klau ketuat yang x hilang, kite leh guna teknik krim, pembedahan atau rawatan laser. Kaedah pembekuan pun leh digunkan dengan guna pembedahan by jarum elektrik. Selain tu, leh gak guna ASID SALISILIK lau malu nak jumpa doctor (sila dapatkan nasihat pakar ek.)
Selain pembekuan dan jarum elektrik, terdapat kaedah lain untuk merawat ketuat. Ini termasuk Cantharidin, pembedahan laser, immunoterapi, Bleomycin dan retinoid yang dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan. Rawatan nie mungkin kena ulang beberapa kali shingga la pesakit pulih sepenuhnya.
Kos rawatan lak cuma sekitar beberapa ratus ringgit, tetapi mungkin mencecah ribuan ringgit untuk kaedah rawatan laser.
Amaran : Jangan dikacau ketuat yang timbul. Walau apa jenis sekalipun, jangan dikutil atau ia akan merebak ke seluruh badan!
0 comments:
Post a Comment