Saturday, October 9, 2010

Toyol Menyerang TATiUC... Cerita Benar...

Tet tet tet teeeeet.....


Toyoooool... 
dia datang padaku berlari-lari..... 
Toloooong, rupanya huduh wooo uuu woooo uuu wooooo... 
Kepala botak mata terbeliak.....


Tersenyum kita jika mendengar lagu dari Allahyarham Sudirman Haji Arsyad ini, namun, pernah ke kita benar-benar menjumpai toyol? Bagaimana agaknya rupa si "kontot" ini? Benarkah ia boroi dan berwarna hijau?
Hah, bagi sesiapa yang ingin melihatnya, bolehlah anda segera ke IPTA or IPTS yang berdekatan anda. Di sini, kajian telah di jalankan dengan begitu teliti dan halus melalui aktiviti toyol ini.
Apa? anda penuntut TATiUC? Tidak pernah menjumpainya? Biar betul?.... Mungkin anda salah Timing. Di sini saya senaraikan waktu-waktu dan tempat-tempat aktiviti toyol ini.
Dewan FTKEA, Dewan Perpustakaan, MPHA A & B, MLH 1 & 2, dan setiap kelas yang mana di gunakan untuk mengambil ujian (TEST) atau Final Exam. Anda hanya perlu tunggu waktu selesai exam atau test. Toyol-toyol ini akan kelihatan di sekitar dewan atau kelas , bertaburan di sana-sini. Ianya memang kecil, namun tidak berwarna hijau. Ianya memang KONTOT.... namun tidak BOROI. Bukan di TATiUC sahaja, malah ianya mampu di lihat di semua kampus serata dunia pada waktu yang sama. Jadi, pada penggemar aktiviti paranormal, bolehlah anda membuat kajian ini secara terperinci. Selamat Mencuba.

Catatan ini hanya sebagai gurau. Jika anda yang tersinggung, harap di maafkan. Namun di sini, saya menyeru kepada rakan-rakan seperjuangan. Tinggallah aktiviti membela "toyol" ini. Ingatlah, jika menoyol, exam tu x berkat, then diploma jadi x berkat gak. Then guna dip tu nak keja.... keja lak x berkat. Then kerja dapat wit, wit lak x berkat. Ingatlah.... Bahayanya ToYoL.

;-)

0 comments:

Post a Comment