Monday, September 20, 2010

Mengukuhkan hubungan suami isteri melalui keindahan kata ganti diri

SaYaNg.....
          MaMa.....             ....DarLinG......
               ....AbAnG....           ....Honey.....
                                     .......Ya HaBiBi..... 
Ya UmAiRah......

Ramai di kalangan masyarakat berpendapat bahawa menggunakan kata ganti diri yang indah dalam komunikasi antara suami isteri adalah perkara yang remeh. Komunikasi yang baik datangnya dari permulaan yang baik. Ucapan seperti sayang dan yang seangkatan dengannya merupakan satu permulaan yang mudah bagi para isteri dan suami untuk di praktikkan bagi menjamin keharmonian rumah tangga. Terdapat pelbagai kata ganti diri yang sering di pergunaan untuk berhubung antaranya sayang, abang, baby, abe, habib, umairah, umi, dan banyak lagi. Ada juga pasangan yang menggunakan istilah-istilah yang dicipta khas oleh mereka sendiri melalui cantuman nama dan lain-lain.


Melalui kajian saya terhadap masyarakat kita pada hari ini, khususnya pada mereka yang telah mendirikan rumah tangga, rutin seperti ini jarang di praktikkan. Ini kerana rasa segan dan malu terhadap orang lain. Satu sahaja ayat saya nak tanya, " yang mana lebih penting bagi anda?, kebahgiaan rumah tangga anda atau rasa malu anda terhadap orang?".....
Ada juga diantaranya yang berubah apabila anak-anak mereka sudah meningkat dewasa. Malu agaknya.
Ada juga di kalangan mereka yang terlalu emosional apabila marah (khusus bagi wanita yang period) atau tertekan (dengan kerja atau masalah di tempat kerja) dengan lantang menggunakan kata-kata yang agak keterlaluan terhadap pasangan mereka. Contoh :

1. nape balik lewat?... ORANG tunggu lama nie....
2. itu hak AKU..... biar la ape AKU nak buat....
3. .... SAYA x suka AWAK kua dengan jantan tu..... (bagi mereka yang biasa menggunakan SAYA dan AWAK dan pertuturan harian, dialog ini boleh di abaikan)
4. .... ish ORANG TUA nie.... x reti-reti ke nak kemas umah nie dulu ke....

Kata-kata merupakan senjata terhebat untuk meruntuhkan hati seseorang. Kata-kata juga merupakan batu-batu yang mengukuhkan benteng hati. Allah S.W.T berfirman:

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Toha, ayat 43-44)...


“Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Surah al-Furqan, ayat 63)...

Jadi, komunikasi yang baik amatlah penting bagi menjamin hubungan suami isteri. kekal hingga ke syurga.... Insyaallah..... Selamat Mencuba.... 

Wallahu'alam bissawab.

0 comments:

Post a Comment