Friday, September 17, 2010

Siapakah "Friends" anda di facebook?


Pernahkah anda menyelidik siapakah sebenarnya rakan anda di dalam laman sosial Facebook? Andakah anda benar-benar yakin yang rakan yang anda "add" itu memang rakan anda atau seorang penyamar yang hanya ingin menyelongkar gambar private anda (klu pompuan la, laki x kisah ngat). Jika anda seorang yang suka menambah rakan anda di laman ini, anda mungkin hanya akan "approved" sesiapa saja yang "add" anda , janji dia tidak kelihatan mencurigakan (gmbr profile die x la ganas ngat), dia seorang yang hensem atau cantik.

Untuk membongkarkan rahsia tersebut, saya telah melakukan beberapa tinjau secara private dengan menggunkan Software Team Viewer dan kajian telah di lakukan di  Bilik Internet SAC TATiUC. Kajian di lakukan jam 8.00 P.M keatas. Dan kami mendapati bahawa Mamat ( bukan nama sebenar) menggunakan FB dengan menggunakan dua user yang berlainan nama. Dan dia chating dengan ramai wanita di dalam friend list nya untuk bersuka-suka. Dia menyamar sebagai single di dalam kedua-dua user dan menggunakan kata-kata menggoda wanita di dalam taliannya (jika tuan yang empunya diri membawa article ini, di harap dapat bertaubat sebelum kantoi). Di sebabkan kami tidak suka dengan tindakan tersebut, kami menggangu segala yang di type oleh insan tersebut sehingga dia berputus asa dan men "shut down" PC tersebut....

Tujuan kami bukan ingin menghina sesiapa atau memburukkan insan tersebut, namun kami ingin memberi peringatan kepada kaum-kaum hawa / adam yang suka sangat online dengan FB nie supaya berhati-hati. Sebenarnya, jika sebut sahaja facebook, ayat yang paling sesuai di kaitkan dengannya adalah "Buang Masa". Selain itu, ia juga merupakan medan mengutuk, memfitnah, mengaibkan rakan2. Ini kerana, ada dikalangan kita yang mengupload gambar curi yang di snap mereka ke dalam facebook. Alangkah malunya kita.

Untuk langkah yang effisyen, hanya " approve" sahabat yang terdekat. Jangan kerana ingin mengejar list rakan paling ramai, maruah anda di cemari dan privacy anda di cerobohi. Kalau nak lagi selamat, janganlah men FB nie. Memang pada mulanya dinyatakan oleh mereka yang nak mulakan laman ini adalah atas dasar ilmu pengtehuan, nak share knowledge la konon, nak tau perkembangan rakan-rakan. Tapi, last2, lain lak jadinye ... farmville 24 jam, nak tag gambar orang la, nak comment tentang comment orang lain. Perlu sangat ke bende2 gitu?  ermmm manusia nie memang cepat sangat terlupa, leka dan suka dengan lagha. Semalam kata lain, hari nie kata lain, esok belum tentu.
Maafla jika article saya nie de menyinggung persaan sesiapa , namun saya berhujah atas dasar pengalaman saya... ;) sekian melaporkan. Wallahua'lam Bissawab.

P/S : FB adalah agen YAHUDI... Anda pikir2 la sendiri.

0 comments:

Post a Comment