Thursday, September 16, 2010

Sekolah Hamil di Malaysia? Ape kejadahnya semua ini?


Oh Malaysiaku.... Baru-baru ni dengar Kerajaan Melaka nak buka Sekolah Hamil khas tuk wanita hamil. Betul ke nie?....Sape la punya idea ni. Pe yang diorang pikir dengan buka Sekolah Hamil ni? Memang la ni cara nak kurangkan orang buang bayi. Hey, apeda.... buang bayi salah,  zina x slah ek... Nauzubbillah....

X pikir ke yang peratus remaja hamil akan meningkat? Kita tengok sekolah henry gurney, penjara, dan undang-undang di malaysia. Pergh, macam2 da wa cakap lu. Tp menurun ke indeks jenayah di Malaysia ni? Alasan diorang, penduduk makin bertambah, jadi bertambah la jenayah. Hah, kebodohan makin terserlah. Oh Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku....

Link kan la pe tindakan yang diambil pada penjenayah dengan masyarakat lua. Kena juga ingat, dan tahu effect tindakan yang diambil terhadap masyarakat. Tindakan yang boleh jadi iktibar kepada rakyat. Yang membolehkan masyarakat takut untuk melakukan jenayah tersebut. Bukan dengan membuka institusi-institusi yang menjaga penjenayah2 dan pembuat dosa ni. Memanglah agak kejam, namun, ini cara yang terbaik untuk membantu mengurangkan kadar maksiat dan jenayah di negara nie. Dengan erti kata lain, kita melaksanakan hukum Hudud. Ini hukum Allah. Kita kena la ikut. Dan jangan la rasa belas kasihan terhadap mereka yang melakukan kesalahan, nanti akan timbuk ketidak adilan.
Sabda Nabi Muhammad  SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”...

Dengan terlaksananya Sekolah Hamil ni, aku gerenti (bukan nak doa bagi jadi) kadar remaja hamil akan meningkat dengan mendadak. Kepada yang melaksanakan benda nie, harap tarik balik la sebab benda nie x bpe praktikal bagi umat islam.
Kita amik 1 contoh keadaan dimana aku jadi pencuri, aku mencuri, aku merompak, lalu aku kantoi, kena tangkap, then masuk lokap. Then kena therapy brpe2  bulan n tahun.... aku kua, dengan niat nak keje, but org ramai da tahu aku pencuri, nak ke dorang amik aku berkerja? then aku wat bisness, de ke org nak pcya aku g yg modal niaga aku tu halal ke x. Then, sbb terdesak, aku mencuri balik. benda nie akan berkitar2. Dalam masa yang sama, org lain... junior2 aku, yg blajar mencuri gak, dorang x takut. sbb lau kantoi pun, masuk lokap, leh g jumpe mmbr2. makan ada, tmpt tnggl ada. berbumbng. sbnqnya dgan therapy yg diberi, bleh mencipta sekumpulan ahli jenayah yang berjiwa kental. Mmg la de gak yang betul2 insaf. Tapi, yang tak insaf tu la yang leh jadi penjenayah yg berjiwa haiwan cam kes "Sosilawati dan 3 peguam" n len2. Tak ke kita semua sedar , jenayah kat Malaysia ni makin meningkat. Gila2 punya jenayah. Yang x masuk akal. Yang kejam nak mampos. Malaysia Oh Malaysia!

Memang kadang para menteri2 besar tersalah tindakan, tapi tak perlu rasa malu untuk mengaku salah dan mengubah ia kepada kebaikan untuk umat islam semua. Sebab ramai yang terlanjur ni adalah anak gadis Islam. Cara paling berkesan adalah didikan agama secara terus. Secara terus ini bermaksud, menerapkan nilai Islam didalam semua subject yang di ajar di sekolah. Ingat, ilmu Mathematics, Science dan lain2 adalah di cetus umat Islam. Dan di olah dan di campur aduk dengan fakta yang bohong.... Itu kita kena amik berat. Sebab, anak2 remaja akan menyanjung tinggi "prof2 n ahli2 science" tersebut serta agama2nya yang akhirnya leh buat dorang murtad sebab kua terus n ikut agama tu ( faham2 la sendri ek). Kita sebagai yang tua kena tahu jiwa anak muda yang mudah di pengaruh.

Ingatlah, Islam bukan hanya 1 agama, tapi peradaban. Islam yang membawa perkembangan dunia, kemodenan teknology... dan disebabkan Islam itu tidak di terap sepenuhnya dalam masyarakat kita, itu lah yang menjadikan masyarakat kita mundur semundurnya. Oh Malaysiaku!.

Aku berkata bukan atas nada menghina, atas dasar menyedarkan. Moga kita semua termasuk dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Insyaallah. Wallahua'lam bissawab.

0 comments:

Post a Comment